Vino G. Bastian Menitis Airmata Selepas Menonton Filem WIRO SABLENG

Posted on
Pada 27 Ogos, Budiey telah menghadiri Malam Gala Premiere filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 yang telah di XXI Epicentrum, Kuningan, Jakarta Selatan. Ternyata acara yang diadakan ini cukup besar-besaran dan sangat meriah. Dihadiri oleh selebriti popular Indonesia, pelakon filem Wiro Sableng dan juga peminat serta media.

Budiey & Vino

Seusai menonton, kelihatan Vino G Bastian mengusap kedua matanya. Umum sudah tahu bahawa Vino merupakan anak kepada penulis cerita Wiro Sableng iaitu Bastian Tito.

Semasa di temubual, Vino mengaku sangat terharu kerana akhirnya filem yang mengangkat karya bapanya berjaya dihasilkan dengan naskah yang cukup besar. Tambah lagi setelah bersusah payah melalui pengambaran, filem ini dapat ditayangkan kepada umum.

“Saya sangat bersyukur, sebagai ahli waris dari almarhum Bastian Tito bahwa Wiro Sableng bisa kembali dengan level sebesar ini, level yang tidak bisa saya duga sebelumnya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *