(Video) ‘Makcik aku hampir kena rogol, suspek tunggu dalam tandas RnR!’

Posted on

Video kejadian ini tular di media sosial apabila anak saudara mangsa memuat naik di Twitter. Melalui statusnya juga, dia menasihati orang ramai terutamanya wanita agar lebih berhati-hati dan berteman jika ke tandas di stesen minyak atau hentian Rehat dan Rawat.

“Tolonglah berhati-hati bila pergi tandas dekat stesen minyak atau R&R. Jangan pergi seorang diri. Tolonglah ajak seseorang teman. Makcik aku hampir kena rogol. Ada lelaki dah ready (sedia) tunggu dalam tandas sebelah lepas tu dia terus lompat masuk tandas makcik aku,”katanya.

Di ruangan komen, dia turut mengatakan bahawa suspek berusia 38 yang ditangkap itu sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Dia juga menyatakan ibu saudaranya tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi hanya mengalami sedikit trauma.