‘Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang’ – Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi…

Posted on

Hari itu diorang duk temenung fikir macam mana nak hantar duit balik kampung, macam mana nak bagi agen diorang untuk kumpul nak balik nanti. 

Hari tu aku keluar kan duit poket aku belanja diorang makan. Minggu tu juga aku upah diorang buat bangku dari baki bahan binaan yang tak terguna. Saja nak bagi diorang sikit duit yang aku harap membantu, tapi takat mana je aku mampu tolong, aku pun baru kerja.

Aku tak tau kenapa ‘kepala’ yang jaga tu tak mahu laporkan pada polis. Mungkin ada hal yang dia cuba sorok. Tak ada apa yang aku boleh buat sebab itu semua luar kawalan aku.

Tak lama lepas tu aku di transfer project dekat Putrajaya, so aku tak jumpa dah Salim dan Babloo. Beberapa bulan lepas tu aku dengar duit yang diorang simpan untuk balik di songlap. So diorang kena start balik kumpul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *