‘Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang’ – Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi…

Posted on
Esok pagi aku pergi ke site macam biasa, aku tengok pagi tu macam suram, dua tiga orang je yang kerja. Aku cari Babloo dengan Salim tak ada. Rupanya diorang dalam site office dengan ‘kepala’ diorang. Menangis teresak-esak.

“Aku dah cakap jangan keluar dari site, korang keluar kenapa?!” 

Aku tanya “Bang nape ni?”.‘Kepala’ diorang jawab “Diorang keluar malam semalam lepas dapat gaji pergi beli rokok kat flat sana tu. Lepas tu kene pau, tak cukup semua duit kena ambil, kena pukul lagi.”

Kesiannyalah aku tengok diorang sebab aku sendiri jadi saksi betapa kuat diorang kerja. Diorang kena pukul, pau dengan budak-budak yang lepak kat taman semasa dalam perjalanan nak beli rokok. Muka bengkak-bengkak, semua duit gaji habis tak ada langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *