‘Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang’ – Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi…

Posted on

Kerja diorang memang berat, aku sendiri pernah turun dua hari untuk ikat bata, niat nak belajar. Punya letih even stamina aku yang selalunya tidak menghampakan atas padang, kalah teruk di tapak binaan. Diorang dok gelakkan je bila tengok aku berhenti rehat setiap 30 minit.

Tapi bila tiba waktu rehat, aku tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang. Aku tanya kenapa tak makan ayam ke ikan ke. Sambil senyum diorang jawab,“Duit gaji separuh kasi family, separuh kasi agen simpan nak balik nanti, so kena jimat.”

Dua-dua ada family, 5 tahun tak balik membanting tulang cari rezeki. Hujung bulan tu gaji diorang akan dibayar lebih dari biasa sebab diorang selalu overtime, project pun dah nak siap. Pagi tu diorang punya happy sebab malam tu ‘kepala’ diorang akan datang bagi gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *