‘Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang’ – Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi…

Posted on
‘Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang’ – Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi…

Tidak dapat dinafikan, tenaga pekerja asing semakin lama semakin membanjiri negara kita. Rata-rata mereka terlibat di dalam sektor pembinaan. Rakyat dari negara Indonesia dan Bangladesh mendominasi kemasukan ke negara ini berbanding negara-negara lain. 

Kedatangan mereka ke negara kita juga menimbulkan pelbagai spekulasi dan kaitan dengan kes jenayah. Tetapi, tidak semua antara mereka bersikap demikian. Ada dalam kalangan mereka ikhlas datang ke sini kerana mahu menyara keluarga yang tinggal jauh beribu batu. 

Lukman Hafidz melalui bebenang di Twitter berkongsikan pengalamannya yang pernah mengenali dua warga Bangladesh semasa di tempat kerjanya dulu. Dia pernah melihat mereka menangis kerana nasib malang yang menimpa mereka. Ketika hati mereka berbunga riang, keriangan tersebut terhenti apabila mereka diragut dan ditipu di rantau orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *