‘Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini’ – Air mata keluar seperti hujan, netizen sebak baca kisah bapa tunggal ini

Posted on

Apabila berseorangan begini, menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat? Macam mana saya nak bawa baby? Macam mana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.

Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini. Sememangnya dia sedang mempersiapkanĀ  saya.

Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat. Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *