‘Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini’ – Air mata keluar seperti hujan, netizen sebak baca kisah bapa tunggal ini

Posted on

SAYA bernasib baik. Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.

Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah. Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.

Adakah dia sedang mempersiapkan saya?

Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan lain seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.

Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang tak ada peluang nak menikmati segala masakan sewaktu bulan puasa. Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *