‘Sejak abah ‘usik’ pokok besar itu, rumah kami diganggu’

Posted on

Balik saja dari sekolah, mak aku kata nak bawa pergi berjumpa dengan doktor. Tetapi bapa aku kata tunggu dia sebab nak pergi sekali. Kitorang pun tunggulah. 

“Dalam jam 2.30 petang nanti, kita pergi klinik,” kata bapa aku. 

Kitorang habis makan tengah hari bagai, lepak di ruang tamu. Bapa aku, dia ada sembur air di dalam rumah, macam air yassin agaknya. Bila dia sembur, mak aku terus meraung macam kena rasuk (memang kena rasuk pun). 

First kena tu, dia menjerit saja. Nasib baik masa itu datuk aku ada di rumah. Dia memang pakar dalam benda-benda berubat ini. Jadi dia dah settlekan mak aku itu baru sekali seuruh baca tiga Qul, mengucap bagai. Kemudian mak kata, “Dia di luar saja, tak masuk pun”. Tiga kali dia sebut benda yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *