Rider Ducati koma dirempuh 30 ekor lembu

Posted on

“Saya dirempuh lembu dekat bahagian kaki kiri tetapi masih dapat mengawal motosikal daripada terjatuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Bagaimanapun nasib kurang baik menimpa suaminya kerana motosikalnya terjatuh akibat dirempuh sekumpulan haiwan berkenaan. 

Mangsa mengalami kecederaan parah dan pendarahan dalam otak, kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa masih ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan belum sedarkan diri sehingga ke hari ini. 

“Doktor belum memaklumkan bila suami dibenarkan keluar dari hospital tetapi saya difahamkan ia bergantung kepada tahap perkembangan kesihatannya,” katanya.

Menurut Dewi, sepanjang empat tahun mereka menyertai konvoi, inilah pertama kali mereka terbabit dalam kemalangan yang membabitkan sekumpulan haiwan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *