Rider Ducati koma dirempuh 30 ekor lembu

Posted on
Rider Ducati koma dirempuh 30 ekor lembu
Seorang penunggang motosikal Ducati Diavel, koma selepas dirempuh sekumpulan lembu ketika melalui kawasan Merang, Kuala Terengganu, berhampiran stesen minyak Petronas dalam kejadian jam 2 petang semalam, lapor Harian Metro. 

Mangsa, Anuar Abd Rahim, 49, berasal dari Kuala Lumpur, bersama dengan 20 lagi peserta konvoi dalam perjalanan ke Penarik, Setiu, dari Batu Rakit, untuk menikmati makan tengah hari. 

Isteri mangsa, Dewi Rosita Abdul Rahim, 48, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia berada pada jarak 10 meter di hadapan suaminya dengan menunggang motosikal jenis Ducati Monster.

“Saya dan suami berada di kedudukan paling belakang dalam konvoi, manakala semua peserta lain sudah melepasi kawasan itu dengan selamat.

“Sewaktu menunggang motosikal pada kelajuan sederhana, secara tiba-tiba sekawan lembu kira-kira 30 ekor yang berada di kiri jalan menyerbu ke arah kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *