‘Perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan prinsip saya’ – Tok Pa umum keluar parti

Posted on

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiausaha agungnya, Tan Sri Annuar Musa akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini. 

“Apa yang Tok Pa lakukan hari ini merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan parti. 

“Kalau ada maruah, sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jeli, sebagai manusia yang ada maruah dan berprinsip,” demikian kata Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii. 

Menurut Mohd Razlan, mana-mana Ahli Parlimen atau wakil rakyat UMNO yang mahu mengikut jejak langkah Tok Pa adalah pengkhianat kepada perjuangan orang Melayu dan UMNO. 

Bagi Khairy Jamaluddin, beliau menyalahkan Presiden UMNO berhubung keputusan Tok Pa itu yang dikaitkan dengan tindakan UMNO cuba bekerjasama dengan PAS sehingga menyebabkan UMNO kehilangan sinarnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *