‘Perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan prinsip saya’ – Tok Pa umum keluar parti

Posted on

Bagi beliau, UMNO perlu menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. Dalam masa yang sama, UMNO perlu terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. 

Malangnya, beliau merasakan hala tuju UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politiknya selama ini dan tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melaksanakan proses rejuvenasi dalam UMNO. 

“Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *