‘Perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan prinsip saya’ – Tok Pa umum keluar parti

Posted on
‘Perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan prinsip saya’ – Tok Pa umum keluar parti

Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa mengumumkan keluar UMNO mengejutkan banyak pihak, sedangkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada Jun lalu. 

Menurut Mustapa, beliau membuat keputusan itu setelah membuat beberapa pemerhatian terhadap lanskap politik negara, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara. 

“Berdasarkan kepada beberapa perkembangan muktahir ini, saya berpandangan usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. 

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali menyakini perjuangan parti ini,” katanya. 

Dalam kenyataannya juga, beliau berpendapat UMNO yang menjadi peneraju BN tidak boleh bergantung kepada sokongan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata untuk kekal relevan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *