‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Masa ini barulah kau sedar, bukan senang rupanya ada anak ini. Penat nak kena jaga anak, nak kena jaga hati orang lain pun satu hal lagi. Ada benda kita perlu tegakkan, jangan sampai jadi lurus bendul. 

Apa pun sebagai ibu bapa, kita yang lebih kenal anak-anak dan cara kita membesarkan anak-anak mungkin tak sama dengan cara orang lain. Esok lusa kalau anak sakit, tetap kau laki bini yang kena berhabis duit, kena bersengkang mata (unless bibik/ mak bapak yang tolong jaga anak, dan kau masih dapat tidur yang lena). Kalau mulut ini dah habis kata-kata, kita hanya perlu hormat satu sama lain dan senyum tak perlu kata apa-apa. Bunyinya mudah, tapi tak semuanya mudah kan?

WELCOME TO PARENTHOOD!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *