‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Ya memang itu anak kau, tapi akan sentiasa ada kata-kata dari orang lain. Apa pun kata-kata itu, kita kena sentiasa pertimbangkan walaupun kata-kata itu keluar dari mulut orang yang paling kita tak suka. Especially bila orang tua menegur, kita cuba terima dengan hati terbuka dan kena sentiasa bersangka baik dahulu. Mungkin ada baik pengajarannya dan yang buruk itu kita buanglah jauh-jauh. 

Memang orang tua dulu hidup zaman tak sama macam zaman kita sekarang, tapi apa pun mereka lebih makan garam dari kita kan? Walaupun kita hidup dalam zaman serba moden, nak tau apa semua Google saja dah dapat jawapan, tapi jangan sampai langsung tak nak terima pendapat atau teguran orang lain. Kang orang kata sudahlah bodoh, sombong pula. Dasar bodoh sombong! Kau ingat semua benda kau betul? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *