‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Bila cara kau dan suami bab penjagaan anak ini tak sekata, memang banyak masalah akan timbul, lagi-lagi pulak masing-masing nak tunjuk pandai langsung tak nak mengalah. Masa ni memang bertikam lidah sajalah, paling tak pun masing-masing pendam dan merajuk. Dari anak kau lahir sampailah anak dah besar panjang pun, memang akan ada saja yang tak kena.

Fuuuhhhh. Inilah pentingnya communication between you and partner. Atleast now you know, mostly every couple pun melalui fasa yang lebih kurang sama.

Kita akan sentiasa ada 1001 cara nak membesarkan anak. Kalau suami isteri pun tak sependapat, bila dah masuk campur tangan orang luar nanti bab penjagaan anak-anak, memang akan bertambah masalahnya! 

Dan inilah orang kata, bila kau dah kahwin, kau kena kahwin dengan keluarga partner kau sekali. Imagine kalau kau ini jenis tak sebulu dengan keluarga mertua? Masa itu tadah sajalah telinga kena terima kritikan, ini tak kena, itu tak kena. Dapat pula anak kau ini cucu sulung. Huhuhu la ya. Decision making tu mostly bukan dari kau atau suami dah 100%. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *