‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Kau dah cakap tunggu 44 hari baru nak tunjuk secara official muka full baby kat Instagram/Facebook. Tapi ada pula saudara mara yang dah datang visit pergi upload tayang muka anak kau dulu. Dalam hati kecil kau pun mula berkata-kata, ini anak aku ke anak korang huh?

Kau feeling-feeling anak nak eat healthy. No sugar, no salt before 2 years old. Semua benda nak home cook, kalau boleh nak beli yang organik je. Dapat ke makcik-makcik yang jumpa anak kau, habis lolipop sebijik dia bagi!

Paling dilema masa nak pergi majlis kenduri kahwin, birthday party. Laju saja orang bagi anak kau minum air sirap! Terbeliak bijik mata kau! Kau cakap no gadgets! Suami cakap sekali sekali tak apa la, pasang yang educational video saja. Tapi dapat ke orang lain, video joget-joget tak senonoh atau games bunuh-bunuh pun diaorang bagi anak kau tengok! Kau ingat semua benda kau boleh control? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *