‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Masa ini argue lah laki bini mak bapak adik beradik semua.

  • Anak itu kenapa tak dicukur rambutnya?
  • Anak itu kenapa tak dibedung?
  • Tidur pakailah buai, baru lena.
  • Anak itu dah kuning kenapa tak dijemur? Bila anak kuning titislah air gula sikit dekat mulut. Mandikan anak dengan air daun kucai, mandikan dengan air herba sensei. Bagi baby air parutan sengkuang cina.
  • Anak itu kenapa tak pakai barut?
  • Dah waktu Maghrib ni, kejut anak jangan bagi tidur lagi.
  • Anak bila nangis jangan dibiar saja, dukung terus!
  • Anak itu jangan pakai singlet seluar pendek, nanti masuk angin.
  • Ehhh kenapa bagi pakai puting? Nanti jongang gigi!
  • Tali pusat kalau dah lama 2 minggu pun tak tanggal lagi, selalunya orang kata budak ini degil.
  • Pusat tersembul keluar, tekan pusat tu dengan duit syiling! 

Fuhhh masa ini bertalu-talu komen, segala petua zaman tok kadok dan mitos kau dengar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *