‘Moment awal indah belaka, bila anak dah meragam, berjaga malam, perlahan-lahan kau laki bini jadi Zombie’

Posted on

Dari hari pertama ke minggu pertama ketibaan bayi comel anda, selalunya hanya moment yang indah-indah belaka. Anak menangis pun kau rasa; haaa comelnya baby nangis. Kuat nangis ya sayang? Haaaaaa alamak dia poo poo la. Anak aku berak pun comel. 

Tetapi setelah beberapa ketika, bila anak kau dah start meragam, siang dia tidur, malam berjaga. Nak menyusu setiap sejam, setiap setengah jam. Anak kau nangis tak berhenti. Dah susukan pun nangis, dah sendawakan pun nangis, dah tukar diapers pun nangis, dah tuam perut pun nangis, dah dodoi, dah cium peluk bonding letak atas dada, dah azan, dah pasang ayat Quran siap letak Yassin kat sebelah baby, apa saja caralah semua tak kena. 

Masa inilah kau laki bini pun perlahan-lahan mulai bertukar menjadi Zombi. Masa itu terngiang-ngiang ayat “Welcome to parenthood!”. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *