Main kutu satu kesalahan, penganjur boleh didenda RM500K, penjara 10 tahun

Posted on

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.

“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.

Pada 3 Jun lalu, sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.

Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita. – Berita Harian