Kes Lukman, Nurul Izzah akan tulis rayuan kepada Peguam Negara

Posted on
Kes Lukman, Nurul Izzah akan tulis rayuan kepada Peguam Negara

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, dilaporkan akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas, berhubung kes Muhammad Lukman Mohamad, 29, yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja yang diproses bagi tujuan perubatan.

Menurut beliau, rayuan itu akan ditulis secara peribadi untuk mendapatkan pengampunan terhadap Lukman, berdasarkan merit kes itu. 

“Ganja semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik. Sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan,” katanya, memetik laporan The Star Online.

Pada Disember 2015, Lukman dan isterinya yang sedang hamil ditahan dalam satu serbuan di kediamannya kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4 kilogram bahan mengandungi tetrahydrocan nabinal (THC). 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *