‘Kau guna gambar anak aku pergi scam orang, jadah apa dol?!’

Posted on
‘Kau guna gambar anak aku pergi scam orang, jadah apa dol?!’

Baru-baru ini, tersebar di media sosial dakwaan seorang individu kononnya sebuah pusat anak yatim bakal ditutup dan tidak diketahui nasib anak-anak yatim di pusat berkenaan. 

Bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak dalam gambar yang tersebar itu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu.

“Wahai makhluk media sosial, mohon kerjasama hentikan viral merapu korang ini. Aku bapa kepada budak-budak yang korang viralkan,” kata Hizami Ejump dia Facebooknya. 

Menurut Hizami, laporan polis telahpun dibuat dan difahamkan, beliau turut membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 

Dalam kenyataan itu juga, Hizami menyelar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar anak-anaknya untuk mendapatkan sumbangan dari netizen. 

“Kalau ada sesiapa berani claim ini anak diorang,  meh jumpa aku. Ada benda aku nak cakap sikit. Kau guna gambar anak aku pergi scam orang jadah apa dol? Dah tu kau cakap aku dah mati, anak yatim konon. Anak yatim abah kau! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *