Janda ditembak 6 kali selepas kantoi jalinkan hubungan dengan beberapa lelaki lain

Posted on

“Mangsa bekerja di Pattaya dan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki. Mangsa pernah berkahwin namun telah bercerai dan mempunyai dua orang anak. 

“Suspek telah dikenal pasti dan dia merupakan teman lelaki mangsa yang dikenali sejak setahun lalu,” kata Kolonel Polis Phaitoon Phitaktham. 

Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, suspek tampil menyerahkan diri dan menjelaskan niat dia hanya melepaskan amaran pada cermin depan kereta. Malah dia berkata, dia tidak menyedari mangsa berada di dalam kereta itu. 

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan polis Thailand juga menyalakan api rokok untuk suspek kerana berasa kasihan dengan nasib yang menimpa suspek. 

Source link