‘Isteri dah terguling-guling menahan kesakitan’ – Usus alami luka selepas makan mee viral, tanggung kos RM10,000 untuk rawatan

Posted on
‘Isteri dah terguling-guling menahan kesakitan’ – Usus alami luka selepas makan mee viral, tanggung kos RM10,000 untuk rawatan

“Lain orang, lain daya ketahanan,” demikian kata Otad Al Miko, yang berkongsi kisah isterinya mengalami luka di bahagian usus akibat makan makanan pedas sehingga memudaratkan dirinya. 

Menurut Otad, setiap kali isterinya makan mee tersebut, tidak pernah langsung dia minum air kerana mee viral itu langsung tidak pedas seperti yang didakwa netizen. 

Namun keadaan berubah pada satu malam itu apabila pasangan berkenaan terpaksa menanggung kos rawatan hampir RM10,000. 

INI kisah tiga tahun lalu. Abang nak ingatkan semua. 

Isteri abang makan benda ini setiap minggu dan dalam masa sebulan, usus perutnya jadi luka. Ingat tak waktu itu semua orang di Malaysia gila-gila nak buat Ramen Challenge ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *