Gelandangan disembur cat merah | CeBerita

Posted on

“Bukan saya yang menyembur lelaki itu dengan cat. Saya terserempak dengan kejadian itu selepas keluar dari sebuah restoran lalu merakamnya dan memuat naik video berkenaan ke media sosial. 

“Saya minta maaf serta bersimpati kepada lelaki itu serta keluarganya. Namun saya tidak bertanggungjawab dengan kematiannya. Saya kini memerlukan perlindungan polis,” katanya. 

Pihak Polis Cleveland menerima laporan mengenai kejadian itu pada Ahad minggu lalu sebelum menerima panggilan mengenai penemuan mayat Michael tidak jauh dari Eston Cemetery, Rabu lalu. 

Menurut polis, tiada perkara yang mencurigakan pada mayat mangsa tetapi pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian. 

Polis juga tahu mengenai spekulasi di media sosial yang mengaitkan Aaron dengan kejadian itu, tetapi siasatan masih belum mengaitkan kematian Michael dengan kejadian tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *