‘Eh? Ada barang tak elok di rumah anak ni’ – Perniagaan lingkup, isteri sakit akibat disihir si polan

Posted on

PENGALAMAN paling perit, permainan sihir. 

Tiba-tiba saja isteri aku tumbang. Mukanya terus kuning, dia meronta kesakitan tetapi tidak tahu di mana sakitnya. Dari hospital kerajaan sampailah KMC, tak tahu apa punca penyakitnya.

Perniagaan aku lingkup. Dari mewah, jatuh sampai tinggal syiling. Evo, RX2, aku jual. Subaru, Grand Livina ditarik hanya selang seminggu. Subaru di Hospital Kuantan, Grand Livina di Hospital Selayang. Kedua-duanya masa aku menjaga isteri yang sakit. 

Masa kereta itu ditarik, adalah insan sedekahkan aku RM100. Insan ini pun menunggu anaknya sakit. Tak kenal pun aku. Masa gendong anak aku itulah, kaki aku patah kembali. Semua kawan dan keluarga mentua bencikan aku (disebabkan sihir). Hanya tinggal aku dan anak aku menjaga isteri aku yang sakit. 

Walau macam mana pun keadaan pada waktu itu, aku tak akan tinggalkan isteri dan anak aku sebab itu tanggungjawab aku.