‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Saya juga diberitahu mudir ini pernah dituduh pada 2015. Kes yang sama melibatkan pelajar tahfiz di negeri lain terhadap satu adik-beradik sehingga tahfiz tersebut di arah tutup. Maksudnya dah ada kes sebelum ni? Adakah diketahui, latar belakang diperiksa dan jika tahu kenapa pihak Jabatan Agama negeri biarkan orang yang sama menguruskan tahfiz?  Ini bukan kes kecil. Kenapa tiada apa-apa siasatan dan tindakan terhadap kes yang lama tu? Ada tanggapan atau adakah benar ada campur tangan orang berpengaruh?

Ada ibu yang mengadu anak mereka jadi nakal dan memberontak setelah berhenti tahfiz kerana gangguan seksual daripada mudir itu. Bukan dua bukan tiga malah lebih sepuluh mangsa yang saya dapat tahu berhenti atau lari dari tahfiz yang Ady belajar itu kerana tidak tahan dengan gangguan seksual dari orang yang sama. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *