‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Saya berurusan dengan pihak polis. Dalam proses penahanan itu, tahfiz masih beroperasi seperti biasa, seperti tak ada apa yang berlaku. Setelah tamat tempoh reman mudir dilepaskan dengan ikat jamin polis. Senangnya? Mudir dibenarkan pulang ke tahfiz yang mana pelajar masih ada di sana. Saya kebingungan. Kenapa tahfiz tak diarah tutup semasa mudir direman? Banyak yang saya musykilkan dan hairankan tentang perjalanan kes anak saya ni. 

Saya pula hanya menunggu polis memanggil untuk soal siasat. Saya dihubungi oleh dua orang ibu yang mana anaknya bekas pelajar tahfiz berkenaan. Anaknya juga mangsa orang yang sama dan melarikan diri dari tahfiz yang sama pada 2017. Mereka tidak buat report polis pada ketika itu kerana anaknya merasa malu bimbang dan trauma. Tetapi setelah ibunya mendengar tentang kejadian anak saya mereka report bertujuan menegakkan kebenaran dan ingin membantu kawan-kawan yang lain. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *