‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Saya meminta bantuan kawan untuk mengambil mereka bertiga dan bawa ke rumah ibubapa saya yang tinggal berdekatan dengan saya. Ayah saya mula interview  ketiga-tiganya dan memberitahu akan pergi membuat laporan polis. Dua orang pelajar yang lari bersama Ady diserahkan kepada penjaga mereka. Ady pula ayah saya bawa ke balai untuk membuat laporan berkenaan gangguan seksual yang dibuat sendiri oleh mudir tahfiz berkenaan. 

Mudir ditahan reman selepas beberapa jam laporan diterima. Ady dihantar ke hospital dan menerima rawatan di wad selama lebih kurang hampir seminggu. Saya sampai di hospital jam 12 malam dan dibenarkan untuk becakap dengan Ady selama 30 minit.

Ady kata dia disuruh urut kaki mudirnya lepas kaki naik ke betis, lepas betis mudir membuka seluar dan menyuruh urut kemaluan pula. Itulah permulaannya. Selepas itu bukan sahaja urut kemaluan lagi malah melakukan hubungan luar tabii. Mudir melakukan hubungan tersebut dengan dua pelajar lagi iaitu yang lari bersama Ady. Dia memanggil seorang demi seorang masuk ke bilik. Setiap hari sekerap tiga kali sehari pelajar dipanggil untuk melepaskan nafsu songsangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *