‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Menjadi kehairanan lagi, dalam waktu bercuti mudir dia selalu bertanya khabar Ady melalui telefon. Dia juga hendak bercakap sendiri dengan Ady. Saya tak pernah curi dengar perbualan mereka. Setiap kali ada cuti panjang sikit, mudirnya pasti telefon atau WhatsApp  bertanyakan Ady. Saya jadi hairan. Istimewa betul anak saya dimata mudirnya ni. Dia asyik memuji ketaatan Ady sebagai pelajar tahfiznya. Dia juga memuji saya amat beruntung mendapat anak seperti Ady. Saya amat bersyukur. 

Pekara sebenar terbongkar juga akhirnya. Jam lebih kurang 5 pagi saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali dan Ady yang menelefon. Dia telah lari bersama dua orang lagi rakannya kerana gangguan seksual. Bagai nak luruh jantung mendengar apa yang Ady beritahu. Dia telah meminta bantuan penduduk Taman untuk menyembunyikan diri mereka bertiga sementara saya datang mengambilnya. Saya pula ketika itu berada out station atas urusan kerja suami. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *