‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Bermula pada bulan April perubahan sikap Ady mula nampak. Ady dah jadi agak pendiam. Bila keluar outing dia tak banyak cakap. Dia juga menangis bila saya hantar balik selepas membeli barangan keperluannya seperti sabun dan ubat gigi. Apabila saya bertanya kenapa? Ady hanya menangis dan berkata “Rindu mama”.

Saya sedikit hairan kenapa selepas beberapa bulan belajar,  dia dah selesa di tahfiz berkenaan tetapi menunjukkan reaksi begini. Namun saya memujuk diri saya untuk berfikir mungkin dia dah mula rasa tekanan dalam pembelajaran yang makin lama makin banyak yang perlu dia pelajari.

Cuti raya Aidilfitri mereka dapat cuti panjang. Ady asyik memujuk saya belikan dia PS4 menggunakan duit rayanya tapi saya tak benarkan kerana dia perlu fokus kepada pengajian agama bukan isi masa dengan bermain permainan video.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *