‘Disuruh urut kaki, kemudian disurut urut kemaluan’ – Pelajar tahfiz dakwa dicabul dan diliwat mudir

Posted on

Kepada Tuan Syed Azmi:

Assalamualaikum. Saya Ana (bukan nama sebenar) seorang ibu kepada Ady, bawah 12 tahun (belajar di sebuah tahfiz sehingga 1 juzuk berhenti kerana gangguan seksual). Saya ingin beritahu kepada tuan berkenaan kes anak saya Ady. 

Saya masukkan dia ke sebuah tahfiz berdaftar di bawah Majlis Agama Negeri  pada Januari 2018. Saya tahu kewujudan tahfiz ini melalui seorang kenalan yang anaknya juga belajar di tahfiz yang sama. Saya juga ada mencari maklumat berkenaan tahfiz ini di internet. Selepas saya berhubung dengan mudir tahfiz dan bertanyakan yuran dan pengajian yang digunapakai di situ saya pun berbincang dengan suami untuk memasukkan Ady ke tahfiz berkenaan. 

Setiap hujung bulan pihak tahfiz akan membenarkan anak-anak keluar outing. Pada 3 bulan pertama pengajian anak saya di sana, dia nampak sangat gembira dan bercerita dengan penuh semangat tentang kawan-kawannya dan dia berniat hendak belajar di sana sampai boleh menjadi seorang ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *