Dagu tertusuk besi tajam ketika panjat pagar

Posted on

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Subroto. Mangsa mengalami luka parah di bahagian dagu dan gusinya turut terjejas. 

Pembedahan yang berlangsung selama empat jam setengah berjaya mengeluarkan besi itu dengan bantuan beberapa doktor pakar. 

“Alhamdulillah anak ini kuat, dia tak rasa sakit, menangis pun tidak,” kata jurucakap pihak hospital. 

Sementara itu, ibu mangsa, Nina Ariyanti, 41, bersyukur anaknya selamat dengan tindakan pantas dari orang awam, pihak berkuasa dan hospital. 

“Alhamdulillah, doktor kata lidah dan pendengarannya tidak terjejas. Tetapi saya belum boleh rasa tenang kerana kita masih belum tahu kesannya yang akan datang. 

“Selama dua hari (selepas pembedahan) dia masih muntah berterusan, suhu badannya juga panas selain perlu menjalani transfusi darah. Tetapi dia tidak menangis, sampai sekarang dia hanya diam sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *