‘Cukuplah rumah sebiji, asalkan tak perlu menyewa’ – Teguran untuk Geng Hartanah yang suka memperkecilkan gaya hidup orang lain

Posted on

Beginilah. Cara kita berbeza. Cara urus kewangan kita juga berbeza. Cara kira-kira kita berbeza. Komitmen dan matlamat kita juga berbeza. 

Aku hormati cara kalian suka kumpul rumah banyak-banyak kemudian sewakan. Kadang-kadang aku juga cemburu lihat aset sampai berjuta yang kalian kumpulkan. Aku hormati itu. Cuma aku memilih jalan yang berbeza. 

Aku memilih jalan yang pada pendapat kau salah. Memilih keselesaan kenderaan, suka belanja kawan-kawan makan, suka melancong ke sana ke mari, suka membeli apa yang aku rasa patut beli dalam kemampuan kewangan aku. 

Jalan kalian, jalan yang perlukan disiplin ketat sehingga perlu korbankan banyak sangat benda yang aku tak sanggup untuk korbankan. Teruslah kalian dengan cara kalian. 

Cuma satu aku nak pesan, tak perlulah perlekehkan cara orang lain lagi. Nak sampaikan ilmu dengan cara kalian, silakan. Aku alu-alukan. Cuma biar akhirnya impak positif. Bukan merendah-rendahkan cara orang nikmati hidup mereka. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *