‘Cukuplah rumah sebiji, asalkan tak perlu menyewa’ – Teguran untuk Geng Hartanah yang suka memperkecilkan gaya hidup orang lain

Posted on

Aku walau pakai Myvi second hand, walau tak melancong ke sana sini, walau tak makan yang mahal-mahal, tapi rumah dah tiga. Rumah tu aset. Kena berjimatlah nak beli rumah.”

Aku setuju, rumah tu aset penting dan berharga. Itu pun kalau pandai pilih lokasi yang betul lah. Banyak juga rumah jadi bebanan pula pada pembeli. 

Cuma aku ni lain macam sikit beb. Aku ini jenis yang suka enjoy dengan kehidupan. Tak sama macam kau yang enjoy kumpul rumah dan harta. Minat kita tak sama. Namun tak perlu kot memperkecilkan cara orang lain. 

Kira-kira kita berbeza. Kau asal nampak ada lebih sikit, terus nampak jalan untuk beli aset, beli rumah. Aku asal nampak lebih sikit, terus nampak jalan untuk enjoy hidup aku dengan cara aku. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *