Complaint SST, netizen saran Ahmad Maslan pindah ke luar Malaysia

Posted on
Complaint SST, netizen saran Ahmad Maslan pindah ke luar Malaysia

13 September lalu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan memuat naik tweet yang menyentuh mengenai cukai SST yang didakwanya mengenakan harga tersembunyi. 

Menurut beliau, menu yang dipesannya dari sebuah restoran di KLIA2 menjadi mahal disebabkan sistem cukai tersebut. 

“Nasi ikan bawang dan air mineral RM37.50 sebab campur #SST Service Tax 6% dan Service Charge 5% dan juga SST Sales Tax 5/10% dalam harga yang tersembunyi. 

“Sedap dan cantik hidangannya tapi mahal,” tulisnya. 

Bagaimanapun, netizen mengimbas kembali kata-kata yang pernah diungkap pemimpin kerajaan terdahulu di mana mereka meminta bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu masak makanan sendiri atau bawa bekalan makanan sendiri, paling koman pindah ke luar negara. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *