‘Bila berniaga, jangan kutip hutang dan jangan kena matahari’

Posted on

Pengajarannya di sini ialah perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara akan menjadikan titik arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajiban mencari nafkah terhadap keluarga, kewajiban terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

‎Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta petunjuk dari Allah, mohon Allah bimbing kehidupan kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah. ‎Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Nabi  S.A.W pernah bersabda;

‎“Siapa yang  Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

Source link