‘Bila berniaga, jangan kutip hutang dan jangan kena matahari’

Posted on

“Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.”

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya, “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan?”

Jawab si abang, “Saya ikut pesan ayah.”

Si ibu, “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang, “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

“Kedua, ayah berpesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Selepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *