‘Bila berniaga, jangan kutip hutang dan jangan kena matahari’

Posted on
‘Bila berniaga, jangan kutip hutang dan jangan kena matahari’

Hassan Al Basri sudah pastinya di antara kalangan ulama yang sering mengalunkan kata-kata indah yang menyentuh hati dan perasaan. Setiap kata-katanya tersembunyi seribu satu makna yang boleh diteladani oleh masyarakat. 

Kisah pesanan Hassan Al- Basri kepada anaknya tentang ilmu perniagaan dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dan telah mendapat beribu ulang kicau. Pesanan dititipkan kelihatan mudah, tetapi jika tidak dapat memahami secara mendalam, jalan yang sukar bakal kita hadapi. 

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *