Bekas pegawai rakam bawah skirt ditahan polis

Posted on
Bekas pegawai rakam bawah skirt ditahan polis
Susulan kejadian seorang bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat onar di sebuah kedai cermin mata, kelmarin, polis telah menahan suspek pada jam 1 tengah hari tadi, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan di restoran di lokasi berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336). 

“Permohonan reman terhadap lelaki itu dijangka dibuat esok,” katanya. 

Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, suspek dilihat mengubah tempat duduknya untuk mendekati mangsa yang sedang melakukan pemeriksaan mata pada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *