Bekas PA Tuduh Amaris, Datuk Vida Bercinta… Amaris mahu bersemuka!

Posted on

Iqbal dipecat serta merta pada 1 Jun lalu.

“Pada pandangan saya, apa juga masalah dia dengan Datuk Vida seelok-eloknya dia sendiri selesaikan tanpa melibatkan orang lain.

“Saya sendiri tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum ini kerana jarang beri perhatian terhadap perkara yang tiada kena mengena dengan saya.

“Tambahan pula saya sendiri sibuk dengan penggambaran dan tiada masa untuk mengambil tahu hal orang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu ditanya adakah tuduhan Ahmad Iqbal itu boleh menggores hati isterinya iaitu Nur Syazwani Alias, 28, Amaris bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara berkenaan.

Amaris kini berada di Ipoh, Perak bagi menyertai program rumah terbuka anjuran Datuk Vida bersama anak yatim dan tahfiz yang diadakan di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *