Bekas PA Tuduh Amaris, Datuk Vida Bercinta… Amaris mahu bersemuka!

Posted on

“Saya bukan hendak mencari gaduh dengan sesiapa… Jika dia rasa saya ada buat salah, saya sedia berjumpa dengannya.

“Kita kenal-kenal sambil minum kopi, mana tahu boleh jadi kawan selepas ini daripada mengeluarkan kenyataan sembarangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Amaris diminta mengulas mengenai komen Ahmad Iqbal dalam sebuah rakaman televisyen dalam talian yang menuduhnya mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Vida termasuklah mengatakan mereka sering memakai pakaian bersama.

Ahmad Iqbal seolah-olah tidak mengetahui Amaris sebenarnya sudah berkahwin.

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

Dalam pada itu, Amaris atau Amran Ismail, 32, berkata, dia tidak pernah mencampuri sebarang urusan berhubung hal yang berlaku di antara Datuk Vida dan Iqbal sebelum ini.

Malah kata Amran, Datuk Vida juga tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai AHmad Iqbal kepadanya dan kerjasama di antara mereka sejak kebelakangan ini hanya atas dasar kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *