Bapa tembak bayi 6 bulan kerana isteri enggan adakan hubungan seks

Posted on

“Suspek menegaskan dia berani menembak anak mereka sebelum satu das tembakan dilepaskan,” kata detektif berkenaan. 

Jiran yang terdengar jeritan Jeniffer kemudian menghubungi polis kira-kira jam 1.30 pagi. Malangnya polis mendakwa mereka tidak dapat mengenal pasti dari mana suara jeritan itu dan memutuskan untuk menghentikan pencarian. 

Menurut jiran berkenaan, “Dia (Jeniffer) terdesak, jeritan suaranya meminta pertolongan dapat didengari tetapi tidak lama selepas itu senyap dan sunyi sepi,” katanya. 

Dua jam selepas polis menghentikan pencarian itu, ambulans tiba di rumah suspek. Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia. 

Source link