Bapa tembak bayi 6 bulan kerana isteri enggan adakan hubungan seks

Posted on

Detektif Daniel Martins Ferreira, yang menyiasat kes itu berkata, pihaknya percaya suspek mengamuk selepas permintaannya tidak dituruti, lalu menembak dada mangsa yang sedang baring di katil bayi di dalam bilik ibu bapanya. 

“Isteri suspek berkata, lelaki itu meminta dia bangun dan mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Namun ditolak kerana si isteri letih dan tidak mahu melakukannya. 

“Suspek berang dan menyerang isterinya sehingga berlaku pergaduhan. Suspek kemudian dikatakan pergi ke dapur untuk mendpaatkan air. Namun kembali dengan pistol di tangan yang kemudian diacu pada si isteri. 

“Pada mulanya suspek mengugut mahu membunuh isterinya. Tetapi Jeniffer merayu agar suaminya bertenang, tetapi lelaki itu menjadi semakin marah dan tidak terkawal lalu mengacu pistol itu ke arah bayi mereka di bahagian dada. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *