Anak demam, batuk dan selesema sampai muntah gara-gara asap rokok

Posted on

“Ye doktor,” saya dah mula tak keruan pada waktu ini 

“Kuman dalam darah anak puan masih tinggi. Jadi, dia memang akan on off demam, batuk dan selesema selagi mana ayahnya merokok,” kata doktor. 

Allah, saya rasa nak menangis pada waktu ini dan terbayangkan Muhammad tak lena tidur malam kerana batuk-batuk yang adakalanya sampai termuntah-muntah. 

“Jika sayangkan anak, minta ayah berhenti merokok ye,” kata doktor yang membuatkan hati ibu meruntun. 

Salah orang lain, tetapi orang lain pula yang menanggung. Ya, ramai orang di sekeliling Muhammad merokok Bukan sekadar ayahnya, atoknya, pakciknya. Apa pilihan yang saya ada? Menjauhkan Muhammad dari mereka yang merokok?

Ya, saya tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok. Tetapi salah satu sebab adalah asap rokok. Asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa tiga hari. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *