‘Adik aku diugut dengan pisau, disuruh jual dadah’

Posted on

— PUTERI (@PuteriRyna) September 17, 2018

Lelaki tu tanya adik aku nak pergi mana, sekolah kat mana semua. Dan adik aku pun bagi tahu dia sekolah mana semua. Sekali lelaki tu tanya hisap rokok ke tak? Dia tak dapat pancing sebab adik aku tak hisap rokok. Dia ajak. 

“Jom ikut abang jual barang? Sejam abang bagi RM 100.”

Then laki tu pun tunjuk beg dia dalam tu ada pisau, ada dadah. Adik aku pancing balik “tak apa lah bang, line tak clear ni.” Lelaki tu macam desak macam nak jugak adik aku jual. Then adik aku buat buat ada orang call dan kawan dia sampai.

Masa nak naik bas kat Terminal, lelaki tu tunggu dekat mana bas yang adik aku nak naik. So adik aku menyorok dan tunggu dia blah. Baru dia naik.