‘Adik aku diugut dengan pisau, disuruh jual dadah’

Posted on
‘Adik aku diugut dengan pisau, disuruh jual dadah’

Kes jenayah semakin lama semakin membimbangkan orang ramai. Penjenayah sanggup melakukan apa sahaja sehingga dapat apa yang diinginkan. Baik perempuan atau lelaki, kedua-duanya perlu berhati-hati setiap masa dan peka dengan keadaan di sekeliling.

Seorang wanita berkongsikan kisah adiknya yang telah diugut oleh seorang lelaki semasa turun dari keretapi di KTM Seremban. Adiknya yang berjalan seorang diri pada mulanya ditanyakan lelaki tersebut mengenai dirinya. Dan selepas itu, lelaki itu terus mempelawanya untuk mengikutnya menjual dadah. Mujur adiknya menolak dengan cara yang baik dan pura-pura menjawab panggilan telefon.

Justeru itu, wanita ini menyeru kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berada di lokasi tersebut dan sentiasa berteman ketika keluar kemana-mana terutamanya pelajar sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *